Monday, 9 May 2011

wajah baru awwww~

hari ni segalanya baru bagi aku. wajah baru, suasana baru, kawan-kawan baru dan yang paling penting kerja baru! masuk ofis harini dah merah punch card den! gara-gara aku takut nak masuk ofis sebab majoritinya staff LELAKI. i loike~ harus la aku dilayan bak permaisuri.

*pang* kena pelempang!

ko nak mati ke lyna garik kat ofis?hahaha. mana de aku gataii pon. saje je dok melawak petang isnin. tapi memang betol pon. kat ofis ni cuma ada 8 orang staff. dan cuma 2 kuntum bunga yang mekar kembang harum di sini. laki 6 wajib la lelaki yang xberapa gagah seperti pahlawan ku MFY. ececehh. kembang semangkuk plak nunang aku tu.yang paling best, aku keje kat sini buat acoounts! ye puan-puan makcik pakcik sekalian. haram aku xtau accounts. menyesal plak xbelajar betol-betol masa diploma dulu. kalau la lecturer aku ada sekarang, harus la aku sujud di kakinya memohon petunjuk.

hari pertama beb dah kena humban dengan lejar bagai. eh, gitu ke ejaan dia? haram aku paham pasal accounts. arghh! persetankan semuanya. sape suh gaji aku yang xde basic accounts kan? xpe, at least pasni aku dah ada experience la nak buat kan? calculate perbelanjaan bakal somiku. cewahh~ sekarang pon tinggal aku berdua aje dalam ofis. sowang dok ngadap youtube la, tonton.my la. dan aku seperti biasa pabila kebosanan mengadap blog yang xseberapa canggih ni!

aku kagum dengan ofis baru ni. walaupon evironment tidak la se 'gah' syarikat gergasi, tapi bila dah melangkah masuk ke dalam ofis ni, 1 perasaan aneh mula wujud. ye! aku jatuh cinta dengannya. everythings simple dan xde la pressure sangat pon. biasa je hari pertama kan? so segalanya kena la bermula dari bawah. aku xkisah, yang penting aku kutip pengalaman. janji lepas ni aku kumpul duit tuk langsungkan hari bahagia. owhh!!syoknye la. xsabar plak rasa. diam xdiam rupanya tiggal 5 bulan aje lagi. dupdap dupdap. persiapan baru 2% siap. hahaha. gila betol la kan? xpe, bulan depan aku nak terbang pegi sirap bandung. hope semuanya bleh la setel kat sana kan? hehehehe

peeass ; semua baru! baju, seluar, kasut, spenda, coli. eh2, tersasul plak. ;p

2 comments: