alhamdulillah, suka sangat tau! bila post kat IG and Fb nak share aje kabo kita wat kek jadi. eh eh, ramai pulak yang comment mintak resipi. hehehe. xkedekut pon, resipi memang sebijik sebulat amek kat google. cuma xingat dah amek dari sumber blog mana. maafkan hamba, tuanku! kiki.
ok, lets scroll down. kita tengok yekk ape bahan2 nya.
KEK PELANGI KAMPUNG
Bahan-bahan:
2 cawan gula halus
1 1/2 cawan majerin
3 cwn tepung gandum + 2 sudu teh baking powder (campur sebati dan ayak)
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu makan susu cair
pewarna ikut suka
Langkah-langkah
1. Putar gula bersama majerin hingga kembang.(Guna pemutar elektrik atau dengan menggunakan tangan)
Putar gula dan majerin sampai kembang...
2. Masukkan telur sebiji-sebiji..putar hingga sebati..(pastikan telur dibasuh dahulu..) masukkan telur sebiji-sebiji dan putar hingga kembang dan sebati
3. Sementara itu, lengserkan acuan 9inci dengan sedikit majerin dan tepung. Pastikan rata ke seluruh bahagian acuan.
Guna acuan empatsegi atau bulat.
4. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sampai habis. Gaul sebati.
5. Masukkan esen vanilla dan susu cair.Gaul sebati.
Tambah esen dengan susucair. Bila tambah susu cair baru ada rasa lemak.Esen vanilla bertujuan untuk menghilangkan bau hanyir telur dan kek akan berbau enak.
6. Adunan telah siap..
7. Adunan dibahagikan kepada 3 bahagian. Satu bahagian berwarna asal dan 2 bahagian lagi ditambah pewarna.
bahagi kepada 2 atau 3 warna sahaja br nampak cantik belangnya.
8. Setelah dibahagi dan diwarnakan, barulah boleh membelang-belangkan adunan mengikut warna..bermula dari warna asal,kemudian pink dan hijau. Ambil sebanyak 3 sudu makan setiap adunan untuk setiap lapisan. Ulangi langkah tersebut hingga habis adunan.
Letakkan setiap warna secara berselang seli sehingga habis adunan dan..
9. Setelah selesai, barulah boleh bakar kek..suhunya mengikut oven anda..bakar sehingga masak. (Oven saya: 165darjah Celcius selama 1 jam 30 minit. Saya gunakan oven elektrik)
ok, done! ini lah hasilnya. selamat mencuba! 😍


