Wednesday, 15 August 2012

my lil prince will looks like his daddy

my lil baby dah masuk usia 26 weeks. dah xlama baby nak kuar. serius! pejam celik memang kejap je masa berlalu. last 2 days pegi scan nak confirmkan baby ape. either bebird or flower. and the winner goes to daddy! aiyakk! daddy win dengan cemerlang. huhuhu. wish my baby looks handsome like daddy. amin.

sungguh rasa macam xpercaya je kan. acctually xkisah pon baby ape. daddy cakap better boy dulu senang dia nak jaga adik2 nanti. xpe daddy, mommy dont mind at all. hehehe.

so far barang baby sume tinggal sket je ag yang xbeli. pampers dengan ubat2 angin baby. yang lain, alhamdulillah dah setel. kadang2 rasa bagus jugak beli awal2 aritu. yela, dalam buat persiapan nak raya ni kan, banyak la kuar belanja. secara xlangsung perbelanjaan untuk baby tu dah makin kurang. bagus kan? well planned :)

nanti after raya mommy ada check up and cucuk for the 2nd time. cucuk kancing gigi katanya. xkisah la, as long baby sihat walafiat. insyaallah~

Wednesday, 1 August 2012

24 weeks equal to 6 months

alhamdulillah syukur.

dah genap 6 bulan usia baby dalam perot mommy ni. dah terasa baby sangat la aktif sepak terajang mommy. sooo active! sungguh xsabar sangat dah nak tunggu baby kuar.

tadi pi check up, so far semuanya ok. HB pon dah molek xde dah low macam aritu. that day jadi low tu sebabnya malas makan ubat. sungguh pon mommy ni kalau sakit dah kronik sangat baru reti capai ubat ngan air segelas.

so tadi dengan penuh bangga and kembang kempis hidungnya mintak ngan misi additional ubat. konon-konon mommy ni baik sangat la kan? tapi memang betol pon mommy dah xmiss makan obat since HB low aritu. takut sangat jadi pape kat baby. hehe.

k la, malas pulak menaip panjang lebar. tu je nak kabo tuk arini.

Friday, 27 July 2012

caca marba

sebelum masuknya waktu selesai bekerja, sambil menanti nak habiskan masa dok menaip la sepatah dua kata kannnsss. tadi ada staff dok ronda2 suh timbang berat badan sepanjang bulan puasa. kahkahkah..macam lawak pulak sebabnya xmungkin la berat den akan turun mencanak cam orang lain. lagi naik ada la.

tapi kan, perot mommy ni agak smaller if compare than others preggy mum. dah nak masuk 6 bulan pon kecik molek je. kadang2 pikir bagus jugak xde la berat sangat nak bawak perot. hehehehe. jahat sungguh mommy nak bawak baby tapi nak rasa ringan aje memanjang kan. baby ni pandai, pepagi buta dia akan warm up and mengeraskan perot mommy. geram tau! stretching kemain ag sampai mommy nak mandi pon badan tegak semacam cam tiang lampu. hohoohoho

mommy dok sibuk ngan daddy counting days menanti baby kuar. how la rupa anak mommy nanti kan? mata bolat macam mommy or kulit putih melepak gaya daddy? mommy xkisah, as long baby sihat dan sempurna.

pagi tadi mommy baca paper metro pasal anak buang ibu ayah dia. mommy feel sebak sangat2!! rasa anak yang buat camtu very the kejam ok! kenapa tak boleh nak appreciate your parents? mommy sekarang cepat sangat sensitif. apa2 yang melibatkan orang tua, mesti mommy touching. kemain la mommy sekarang. kalau dulu orang selalu kata mommy ni macam xde perasaan pada orang lain. but now, betul2 dah berubah. cengeng lebih! hahahaha.

semalam mommy tanya daddy syg mommy x? daddy jawab hari2 mommy tanya soalan yang sama and daddy xsuka. omaigoddd!! hahhaha. sikit pon xkecik hati sebenarnya sebab tau daddy kata mommy ngade sangat hari2 tanya mende sama. mommy cuma kata biar la, nanti bila baby dah kuar mesti daddy sayang baby lebih kan?kan? sweet aje daddy tu.

ok la, mommy dah ready wanna go home. xsabar nak g bazar ngan daddy. awww~

Tuesday, 24 July 2012

another 17 weeks to go....

bila kandungan dah masuk 23 minggu ni, banyak sangat perubahan dari segi fizikal and mental. wahhh gitu ayat! pusat dah mula terjojol kuar, pinggang dah makin sakit2. duduk direct atas simen mesti xtahan. sakit kottttt. baby pulak dah makin aktif sepak terajang. bila tetiba mood die tengah hyperactive tu, ngiluuuu wehh rasanya. kalau baby dah kuar melyna geram je nak gigit2. suka sangat buat mommy xsenang duduk.

today kan hari ke4 puasa. sungguh sampai sekarang melyna masih berpuasa. alhamdulillah...even bila dah sampai pukul 3 ptg cenggitu perot dah mula pedih and baby non stop kicking, melyna usap2 perot pujuk baby suh bertahan. yela kan, dah xlama sangat nak berbuka. cam rugi la pulak kalau makan. tapi kalau tahun sebelumnya,  melyna  lapar sket memang  melyna  terus ngap je! ganti puasa lain cerita. hahahahaha. bila dah ada 1 nyawa dalam perot ni, perasaan lebih bersyukur tu mengatasi segalanya. sedaya upaya  melyna  menahan lapar dan dahaga. sebabnya dok mikir, lepas ni dah ada baby nak kena breastfeed dia kan, so xkan la pulak aku nak puasa. kang xckup khasiat plak baby aku. ecececehhh... sebabnya pestime so segala mende la aku pikir. konon2.

last sunday  melyna kuar ngan incik somi pegi membeli barang baby lagi. cannot tahan betol la. tapi wat gila sangat kan g beli time tengah bulan tu cari penyakit namanya. hahahaha. so beli yang memang ada dalam list aje la. botol susu, kepit kuku, toiletries dia. kain bedung & selimut dah siap jahit tepi. tapi kena bebel ngan mama la pulak sebabnya mama dah pesan suh jahit tepi tu ikut kaler kain. aku pon xpesan kat cina tu at last jadik la kaler putih sume kat tepi. hahahahahaha. max kata cantik je. dia dah makin teruja plak tunggu baby kuar. sabar eh daddy. baby baik2 aje dalam perot mommy ni. hehehehe

nama baby?jantina? dah dapat & tau dah baby ape kuar. insyaallah kalau xberubah la jantina dia tu kan? and max dah decide nama tuk baby dia. katanya aku ni cerewet sangat nak cari nama pon susah. kah3.. mommy malas yepp! harap maklum. banyak sangat nama yang sedap2 mommy nak. xkisah lah kan, janji maknanya baik and baby kuar dengan selamat tanpa any problem. yeayyy! eh baby ni macam tau2 plak mommy tengah tulis pasal dia. sepak2 mommy pulak. hehehehe... sweet betol la.

next week check up kat KK. genap 6 bulan kooooo. hope HB ok la kan. sebab aritu HB low pastu nurse KK bleh plak cakap, "awak kena makan ubat yang doc bagi tu, kalau x oksigen xsampai kat otak baby bleh mati tau" makkkkk aiiiii! kemain sentap lagi perasaan aku time tu. rilex la kak, ayat xde bunga sket ke nak bagi hati riang? grrrr. since that day, melyna pasrah and xpenah la miss makan ubat. demi baby mommy <3

Tuesday, 5 June 2012

destinasi pilihan ke Beijing :)

malam tadi dok soksek2 ngan mama. cadangnya family trip tahun ini mau ke Aussie. ececehhh kengkonon la tu nak jalan tempat beku. at last terpaksa ditunda memandangkan anak daranya ini akan berpantang sepanjang hujung tahun. ohnomnom! aku yang xpandai merancang or mama salah paln?hahahaha. so memandangkan bulan9 abang aku akan kawen, same as last year for honeymoon mama belanja honeymoon ke Hong Kong so for my eldest bro, aku suruh mama bawak pengantin baru only in Asia country. hahaha! gila kejam sebab xdapat follow skali. mama decide ke Beijing. sangat la menarik nafas lega sebab aku da penah sampai ke sana. main snow & ski bagai. kali ni rezeki pengantin baru la plak. pengantin lama dok diam2 pantang kat umah nenek. sobsob, sangat sedih okehh!

kapan lagi bisa aku ke sini?

Friday, 1 June 2012

pasir dalam periuk nasi

rasa nak mengomen pulak pepagi hari ni. patut hari jumaat rasa bersykur atas segala kurniaan dariNya. tapi ada something yang aku nak share. yang aku rasa cukup xsenang dengan gelagat orang2 sekeliling. nape eh manusia ni ada perasaan xpuas hati dengan kesenangan, kejayaan, kegembiraan and rezeki orang lain? like today, rasa macam nak lempang je orang yang xhabis2 nak dengki ni. bila aku senang, for sure aku bersyukur and berterima kasih padaNya atas rezeki yang Dia bagi. bila xde rezeki untuk aku, aku akan anggap belum masanya lagi Dia bagi. so what for nak berdengki bagai atas usaha titik peluh orang lain? if ada, bersyukur la. no need tu tabur segala macam cerita yang xbetul. kesenangan yang ada bukan untuk bermegah. tapi untuk dikongsi. yang jenis xfaham bahasa ni pulak fikir "ohh, dia dah senang sebab parents la, blablablabla" macam ***k! toksah la dengki, iri hati atas kesenangan and kebahagiaan orang lain. percayalah, untuk kekalkan segala kesenangan and kebahagiaan hari ni lebih susah daripada nak mencapainya.

Monday, 21 May 2012

doa mama di Tanah Suci

setelah hati kecewa berhari2 lepas tau UPT -ve, baru sedar yg Allah itu mah adil seadil-adilnya.  a day after my previous entry tu kan malam tu dapat mimpi @ petunjuk. dalam mimpi tu ada 4 org tau, aku, anum and 2 owg agi sape ntah test UPT. sedia maklum la yg si anum ni memang +ve, so after urine sume letak UPT memasing kat atas meja. sangat2 terkejut coz dalam mimpi tu UPT aku molek naik 2 lines. sedar2 je dari mimpi, sebab alarm bunyi. memang sepanjang pagi kat ofis dok terpikir tau ape maksud mimpi tu.

malas nak fikir sangat sebenarnya sebab xnak mengharap and kecewa again. tapi yela, hati ni mana la boleh stop fikir. membilang detik dan waktu je tunggu masa lunch time. so lunch time tu sepantas kilat kuar and terus pegi farmasi beli UPT again! hati sangat berdebar2 sepanjang on the way back to home. sampai je rumah, terus berlari masuk toilet macam orang dah xtahan sangat2 nak terkucil. hehehe. after urine, drop sket kat UPT and cuci la pape yang patut sambil berdoa moga mimpiku jadi realiti. sekilas pandang nampak single line. so its ok la and cakap kat diri sendiri, xpe la. bukan rezeki lagi. then dah setel sume amek la UPT tu nak buang eh2!! terkedu, teruja, terkejut and am very speechless sebab kuar 2 line! bersyukur ke hadrat Ilahi. so sepantas kilat kuar toilet call my hubby nak mintak ampun and maaf sebab malam sebelum tu kitorang perang mulut. biasa la dok jauh kan. hehehe. call die sambil nangis2 sebab terharu sangat dengan result UPT tu.

hubby dah pelik, marah2 tanya asal ni? kot la kena ragut ke ape ke kan. dia la suami yang cepat risau bila bini dia nangis. soksek2 sangat mengada okeh! tarik napas dalam2, dengan lafaz bismillah "syg, baby pregnant" hanya tu aje yang mampu aku cakap sebab aku terlampau sebak. and dia pon speechless xsangka dengan berita yang aku sampaikan. then dia just cakap, "jap lagi b call balik b tengah makan"

what a beautiful day......14 mac 2012......

terus je msg kat mama yang nun ada di tanah suci Mekah. berita gembira disampaikan pada mama and family yang ada kat sana. alhamdulillah berkat doa mama, tok and aki yang xsabar2 menunggu kelahiran cucu & cicit pertama. syukur sekali lagi now baby dah 15 weeks =)

Tuesday, 13 March 2012

asam masin + asam boi sedap doh rasa :p

wohooo! today hari yang ke-32. but i'm still not period. kalau ikut kiraan, dah nak masuk 9 minggu. apesal ntah bulan xmengambang. arini aku dok makan asam je since morning. syokk sungguh rasa. xde la pulak makan asam means preggy kan, dah tgk kat kedai tadi cam sodap la pulak. rembat 2 bungkusa bawak balik makan sowang2 kat ofis. siap warning lagi kat member jangan sesape pon berani amek. hahaha. kedekut sungguh rasanya.

sumber : rembat kat google :)


Tuesday, 6 March 2012

tahi lembu tahi itik

.....ko memang xtahu malu
.....jenis mulut lembik!

ha! mukadimah aku bagi sket serangkap pantun baikkkk punya. ni kes suka sangat dok intai2 sisi kebahagiaan dan kekecewaan hidup orang lain. memang pe'el nye begitu yekk? apekehelnye aok wat gitu wehh? lately memang betul aku suka update blog. ntah kenapa rasa nak share something. xsuka toksah la baca. koi bagi nama online diari la konon2 kan. sharing is caring. ececehh.

mari dekat sket kawe  nak cite la kan hok jenis suka sangat wat gosip liar. beria ngat nak tau pasal koi te ngape? seme mende koi buat ngan laki koi, koi ngandung ke idok, koi gado ke mende, koi xnyusohkan aok lalu. yang aok tetiba kusut nak amek tau tu ngapenye? koi jentik aok pon dok. koi pakai kete mende, koi banyak harta ke mende, koi pakai baju cap mende seme aok nak tau. aok berie slidik idop koi laki bini. aok xde laki sendiri ke nak jaga? sekalipon laki koi kecewa yang bini die ni xlekat, aok xperlu nak mention konon2 laki koi tu kecewa amat. aok tau dok Allah tu dah tentukan rezeki setiap orang? and koi rasa koi xde pulok wat status koi sangat2 meroyan gaya aok yang meroyan nak tau setiap inci ape yang koi laki bini buat!

koi cukup benci dan xsuka bila ade orang lain masuk campur urusan koi. yang kawen ngan laki koi, KOI! bukan AOK te! sibuk ngat nak canang ke orang lain gone idop koi tu yang koi xpaham. ape masalah aok sebenarnya? koi tau aok bace blog koi masa ofis hour. pastu aok soksek2 la pulok ngan rodong2 aok te. koi ni gini la, koi gitu la. pastu sebab MULUT LEMBIK aok sorang, abes la sume cite yang xbape nak sensasi sangat, jadi topik hangat ERA.fm. aok jangan main gila ngan koi weh. sok koi main gila ngan aok, jangan terkejut ngat la yakk! ha, aok la te da rasa debor koi wat pulak entri gini. xsenang lalu dah duduknya yakk!

hahahaha. aku suka bila ko mula cuak :)

Friday, 2 March 2012

kandungan berusia 7 minggu

i just came back from Pusat Rawatan Keluarga MUIP which is known as Al-Farabi. result dah tau, if result positif, kandungan dah berusia 7 minggu. TAPI, hasilnya negatif. after urine and check sekali lagi keputusan tetap negatif. then doc suruh scan in case xdapat detect from urine. again, still negatif. aku langsung xkecewa sebabnya tujuan pergi just untuk check why my period xnormal. so mintak suggestion dari doc macam mana. finally, dia bagi ubat horman untuk regular kan semula period tu.

SATU perkara yang buatkan aku sangat2 terharu and sedih, kuar je dari bilik doc, my hasben hug & kiss me. why? sebabnya aku sendiri rasa yang my hasben sangat2 upset. masa aku pergi urine kat toilet, i left my husband in the doc's room. on the way back to office, hasben cakap doc pesan kat dia jangan bagi aku stress sangat. that i'm look too stress? definitely YES!! so dia sangat2 risau keadaan aku yang jadi xmenentu. dulu aku dengar orang tua2 cakap mula2 kawen hormon xstabil sebab tu la selalu datang lewat. tapi dah tiap2 bulan macam tu, aku kena tau ape sebab and punca jadi camni. now, bila dah tau kenapa jadi camni aku sangat2 sedih. sebab aku & hasben tau apa sebab aku stress tahap gaban.

thanks to semua yang bagi support and advise and ubat or pil yang disarankan untuk makan. starting from today, aku cuba dulu makan ubat yang doc bagi and sebolehnya kurangkan segala stress dan keresahan kat hati. doa dan harapan, semoga kehidupan aku sekeluarga bertambah baik lepas ni. pinta aku, cukup2 la mengkhianati kehidupan aku sekeluarga. aku mohon & aku merayu supaya kalian faham apa yang sedang aku lalui sekarang. cukup pedih untuk ditelan.

special thanks to my beloved husband for standing beside me all the time.



sumber : google

kalau la 7 minggu tu jadi kenyataan.........camni la rupa baby dalam perut mummy :')