Friday, 2 August 2013

kecewa

akan terbit satu perasaan kecewa yang amat bila apa yg kita usahakan tak dihargai. malah dikritik sebanyak mungkin. aku baru merangkak. belum mampu lagi untuk berdiri. sepatutnya pimpin aku bersama agar aku cepat berdiri. sedih! marah terkilan. hanya mampu bertahan. apa lagi? telan saja la. 

Wednesday, 31 July 2013

Kek Pelangi Kampung

woot2! selamat pagi semua! today aku nak share resipi yang pestime wehh aku cuba buat. and xsangka sangat menjadi dgn jayanya! cewahh. aku namakan kek pelangi kampung. sebab asalnya mama cakap org panggil kek kampung. aku search resipi dalam google jumpa kek pelangi. sudahnya aku gabungkan aje sume nama. hehe.

alhamdulillah, suka sangat tau! bila post kat IG and Fb nak share aje kabo kita wat kek jadi. eh eh, ramai pulak yang comment mintak resipi. hehehe. xkedekut pon, resipi memang sebijik sebulat amek kat google. cuma xingat dah amek dari sumber blog mana. maafkan hamba, tuanku! kiki.

ok, lets scroll down. kita tengok yekk ape bahan2 nya. 

KEK PELANGI KAMPUNG

Bahan-bahan:

2 cawan gula halus
1 1/2 cawan majerin
3 cwn tepung gandum + 2 sudu teh baking powder (campur sebati dan ayak)
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu makan susu cair
pewarna ikut suka

Langkah-langkah

1. Putar gula bersama majerin hingga kembang.(Guna pemutar elektrik atau dengan menggunakan tangan)

Putar gula dan majerin sampai kembang...

2. Masukkan telur sebiji-sebiji..putar hingga sebati..(pastikan telur dibasuh dahulu..) masukkan telur sebiji-sebiji dan putar hingga kembang dan sebati

3. Sementara itu, lengserkan acuan 9inci  dengan sedikit majerin dan tepung. Pastikan rata ke seluruh bahagian acuan.

Guna acuan empatsegi atau bulat. 

4. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sampai habis. Gaul sebati.

5. Masukkan esen vanilla dan susu cair.Gaul sebati.

Tambah esen dengan susucair. Bila tambah susu cair baru ada rasa lemak.Esen vanilla bertujuan untuk menghilangkan bau hanyir telur dan kek akan berbau enak.

6. Adunan telah siap..

7. Adunan dibahagikan kepada 3 bahagian. Satu bahagian berwarna asal dan 2 bahagian lagi ditambah pewarna. 
bahagi kepada 2 atau 3 warna sahaja br nampak cantik belangnya.

8. Setelah dibahagi dan diwarnakan, barulah boleh membelang-belangkan adunan mengikut warna..bermula dari warna asal,kemudian pink dan hijau. Ambil sebanyak 3 sudu makan setiap adunan untuk setiap lapisan. Ulangi langkah tersebut hingga habis adunan.

Letakkan setiap warna secara berselang seli sehingga habis adunan dan..

9. Setelah selesai, barulah boleh bakar kek..suhunya mengikut oven anda..bakar sehingga masak. (Oven saya: 165darjah Celcius selama 1 jam 30 minit. Saya gunakan oven elektrik)

taraaa!! cantik x? ehhh kejap2. ade lagi sebenarnya. kita tengok pulak yg dah siap potong. hehe 

ok, done! ini lah hasilnya. selamat mencuba! 😍

Monday, 29 July 2013

ramadhan 2013

assalamualaikum. 

amboi! berhabuknya la blog aku ni. xdan nak sapu and bersihkan. busy sangat sejak ada baby ni. cewahh. sedar xsedar Fareeq dah nak masuk 8bln pon. kejap je masa berlalu. dan sedar xsedar minggu depan dah nak raya. eh! macam xcaye pon ye jugak. hehe. serius hari berlalu cepat sngat. xdan aku nak cipta kenangan bebanyak. hahaha

banyak benor nak cite sebrnarnya. too much happiest and sadness happened to me. tapi yang sedih sedih tu aku anggap asam garam kehidupan untuk mematangkan lagi diri. alhamdulillah, caci maki dan segala hinaan and tohmahan buat aku lebih cekal dan sabar. bila jadi macam tu baru aku kenal mana intan dan permata. tapi tak kisah la, yang penting aku dah maafkan walaupun jauh di sudut hati ternyata aku sangat kecewa dengan apa yg berlaku. 

to be continue.......

pic paling latest ni. saje ha tepek gambo buat kenangan belog! 😍





Thursday, 6 December 2012

tangisan itu....

salam sejahtera semua. terlalu lama tak mencoretkan sesuatu. since masuk 3rd trimester, malas tu kemain ag. but now, alhamdulillah Allahuakbar semuanya dah selamat. today nak story pengalaman bersalin yang ramai sangat nak tau macam mana rasa sakit itu.

lets start from the beginning of my journey to deliver......

6 November 2012,

dah start rasa sakit2 perot. 1st time preggy so xtau macam mana rasa sakit contraction tu. makin lama makin sakit rasa macam senggugut. almost a year xrasa senggugut tu kan, so once it happen rasa macam dah xtahan sangat. padahal before ni if period memang datang sekali la sakit tu. pakej! ok proceed, bila rasa semacam je terus gi bilik mama btau yang rasa sakit tu lain macam aje. yela, due pon dah xlama. of coz la pk dah nak bersalin kot. hehe. then mama suggest suh pegi klinik check. if pegi hospital kang semacam plak kena check itu ini. so around 8.15pm tu dah sampai ke farabi. pegi ngan nomi & mama. then register terus masuk bilik rawatan check contraction n jantung baby. orang panggil CTG. dah sudah tu doc plak datang. for the 1st time la doc check bukak jalan! yang orang dok cite2 sakit sangat tu. that time masa doc check, ada sorang nurse & my nomi sekali. die takut doc wat bukan2 sebab doc tu LELAKI! hahaha. bila check jalan baru bukak 2cm & die suh balik dulu. eh, xsakit langsung ok check jalan. menipu je sape kata sakit tu tau! balik la den ke rumah dgn harapan esok lusa dah bleh bersalin sbb jalan dah bukak sket kan..hehe

8 November 2012,

pagi tu  sempat ag pelahap nasi minyak feveret kt tanjung api dengan nomi. so disebabkan nomi rushing nak masuk ofis, i suh die anta kat ofis mama je. i pinjam kete mama bawak alek umah. petang tu mama call suh amek. nak elak jammed, i lalu ikut giant. masa tu rasa nak marah sangat sebab dah lama xdrive, pastu kete macam semut urung gula bapak banyak! tetibe, sakit perot tu datang lagi ngam2 depan hospital besar sakit tu makin kuat. xsabar dah ni nak sampai ke ofis mama. elok sampai depan ofis mama terus tukar suh mama drive btau mamarasa sakit tu lagi kuat dari sebelum ni. mama ajak pegi farabi terus, tapi i xnak sebab xnak dtg bodo je tapi baby still xmo kuar. sampai umah malam tu dah siap mandi makin sakit plak dan hanya mampu baring dalam bilik sebab sakit sangat. xtahan sangat suh nomi panggilkan mama cakap kali ni betol dah xtahan. so mama suh siap2 pegi skali lagi ke farabi. this time check CTG yesss contraction makin kerap. then doc pompuan plak dtg check jalan and bloody show. due to CTG report, heart beat baby quit ticky i mean graf tu xcantik. kejap naik kejap turun. so doc suggest kena admitted sbb nak monitor heart beat baby. admit la i malam tu dengan harapan kejap2 lagi bersalin la. ok xsabar sangat dah. esok paginya doc pompuan lain datang check btau jalan baru bukak 3cm. tapi dah bleh discharge! wut da heckkkk!!! aku nak beranak la oiiii. memang marah sangat rasa time tu. dengan hampa balik la dulu. gi makan puas2 ape sume kan.

10 November 2012,

kali ni contraction makin kuat n makin xtahan. plz baby, berdoa banyak2 mintak sangat baby kuar. malam tu mama masak nasi lemak yang dah lama sangat i request kat mama suh buat. mama ajak makan skali pon dah xnak sebab kali ni memang sakit dari sebelumnya. so pukul 10pm menyerah diri lagi kat farabi and kali ni i tawakal if anything happen. rasa dah xlarat sangat nak tunggu. doc check jalan dah 3.5cm and contraction makin kerap. ok, kena admitted lagi insyaallah kata doc if diizinkanNya, esok bersalin la awak. hehehe. am sooooooooooooo happy ok! check in kul 10.30pm and tido la i buat kali ke2 kat klinik. adehh! malam tu contraction makin kerap and makin sakit and makin xbleh tido. tido 5minit, terjaga. 4jam sekali nurse dtg check btau la sakit xtahan. then nurse tanya 'nak saya tolak awak masuk labor room x?' and i said noooo! tunggu aje la pagi nanti. so kul 10pagi nurse dtg bagitau doc nak pecahkan air ketuban. dengan pasrah & konfiden jap agi jumpa baby so tawakal pegi medical room. Omaigodd! doc lelaki ok, raja arif namanya. Kacak pulak tu. ok gatal! haha

mula la sesi seluk menyeluk, k fine! doc cakap cenggini 'awak tau x air ketuban awak sbnrnya dah pecah?ni sy bleh tarik rambut anak awak' fine doc fineeeee! buat aku makin cuak! dah pecahkan tu, mmg betol pon sket je air yg kuar. sobsob makin cuak! siap pakai pampers yg bapak segala besar, sampai kengkang aku jalan!hahahaha. masuk semula bilik, kul10.30 pagi nurse datang cakap dah kena pegi labor room. perasaan masa ni bercampur baur, takut pon ade sebab xmintak maaf lagi kat suami. dia balik umah time tu mandi siap2. xpe la kan oasrah aje gi labor room sambil ditemani mama. kalut suh mama call max suh datang cepat. hehe.

sampai labor room, baring, nurse datang check darah, CTG &masuk drip air katanya untuk cepat bukaan jalan. time ni dah rasa sakit tspi masih mampu bertahan sebabnya sakit cam senggugut tu je kan. jap agi kang nurse masuk agi cakap nk cocok ubat tahan sakit dan dalam hati ni berharap and pikir bagusnya ada ubat ni kejap agi mesti hilang sakit. sangat mengong ok! hahaha. nurse cakap ubat tu mengantuk die suh tido dulu and die tutupkan lampu. syokk dah rasa tido  tarik selimut kroh3. tapi xlama ok!tengah syok tido contraction dtg dlm 10minit skali!so dapat la lelap setiap 10minit!makin lama makin kuat and makin kerap. air zamzam tu kejap2 aku minum dahaga sangat rasa macam baru lepas berlari. bila sakit yang MAHA DASYAT tu datang, rasa nak tercabut nyawa!kat mulut ni xyah cakap la, xputus2 zikir and doa. Subhanallah!

Then rasa makin lama nak berak macam ada batu besor nak kuar kat montot! dah xtahan sangat cakap kat mama, yang aku xtahan sakit. time tu rasa bodoh sangat sebab xtau tu la sebenarnya tanda baby dah nak kuar.hahaha.lastly terkuar jugak kat mulut cakap aku nak push. mama panggil nurse, nurse check jalan baru 9cm! Awak xbleh push lagi kena tunggu jalan 10cm. Rasa nak punch je nurse tu tau x! aku punya la xtahan die suh mengiring supaya jalan cepat bukak. nak tunggu 1cm agi tu mcm sejam!

Finally, the time has arrived. sebab masa jalan dah bukak 9cm nurse panggil mama suh tengok kepala baby dah nampak.hehehe.so now its time for me to pushhhhhhh.....almost 20 times ok aku push xkuar jugak baby sebabnya nafas aku pendek. maunya xpendek, aku push sambil pejam mata dek ngantuk xtido + ubat tahan sakit  tu. Serius push dalam keadaan khayal gitu.hohoho. dengan lafaz bismillah dan allahuakbar, aku push sekuat hati and lahir la seorang lagi umat Muhammad saw pada jam 2.16petang.

Alhamdulillah syukur padamu ya Allah :')

Nama   : Fareeq Meckswell
Berat  :  2.78kg

Wednesday, 15 August 2012

my lil prince will looks like his daddy

my lil baby dah masuk usia 26 weeks. dah xlama baby nak kuar. serius! pejam celik memang kejap je masa berlalu. last 2 days pegi scan nak confirmkan baby ape. either bebird or flower. and the winner goes to daddy! aiyakk! daddy win dengan cemerlang. huhuhu. wish my baby looks handsome like daddy. amin.

sungguh rasa macam xpercaya je kan. acctually xkisah pon baby ape. daddy cakap better boy dulu senang dia nak jaga adik2 nanti. xpe daddy, mommy dont mind at all. hehehe.

so far barang baby sume tinggal sket je ag yang xbeli. pampers dengan ubat2 angin baby. yang lain, alhamdulillah dah setel. kadang2 rasa bagus jugak beli awal2 aritu. yela, dalam buat persiapan nak raya ni kan, banyak la kuar belanja. secara xlangsung perbelanjaan untuk baby tu dah makin kurang. bagus kan? well planned :)

nanti after raya mommy ada check up and cucuk for the 2nd time. cucuk kancing gigi katanya. xkisah la, as long baby sihat walafiat. insyaallah~

Wednesday, 1 August 2012

24 weeks equal to 6 months

alhamdulillah syukur.

dah genap 6 bulan usia baby dalam perot mommy ni. dah terasa baby sangat la aktif sepak terajang mommy. sooo active! sungguh xsabar sangat dah nak tunggu baby kuar.

tadi pi check up, so far semuanya ok. HB pon dah molek xde dah low macam aritu. that day jadi low tu sebabnya malas makan ubat. sungguh pon mommy ni kalau sakit dah kronik sangat baru reti capai ubat ngan air segelas.

so tadi dengan penuh bangga and kembang kempis hidungnya mintak ngan misi additional ubat. konon-konon mommy ni baik sangat la kan? tapi memang betol pon mommy dah xmiss makan obat since HB low aritu. takut sangat jadi pape kat baby. hehe.

k la, malas pulak menaip panjang lebar. tu je nak kabo tuk arini.

Friday, 27 July 2012

caca marba

sebelum masuknya waktu selesai bekerja, sambil menanti nak habiskan masa dok menaip la sepatah dua kata kannnsss. tadi ada staff dok ronda2 suh timbang berat badan sepanjang bulan puasa. kahkahkah..macam lawak pulak sebabnya xmungkin la berat den akan turun mencanak cam orang lain. lagi naik ada la.

tapi kan, perot mommy ni agak smaller if compare than others preggy mum. dah nak masuk 6 bulan pon kecik molek je. kadang2 pikir bagus jugak xde la berat sangat nak bawak perot. hehehehe. jahat sungguh mommy nak bawak baby tapi nak rasa ringan aje memanjang kan. baby ni pandai, pepagi buta dia akan warm up and mengeraskan perot mommy. geram tau! stretching kemain ag sampai mommy nak mandi pon badan tegak semacam cam tiang lampu. hohoohoho

mommy dok sibuk ngan daddy counting days menanti baby kuar. how la rupa anak mommy nanti kan? mata bolat macam mommy or kulit putih melepak gaya daddy? mommy xkisah, as long baby sihat dan sempurna.

pagi tadi mommy baca paper metro pasal anak buang ibu ayah dia. mommy feel sebak sangat2!! rasa anak yang buat camtu very the kejam ok! kenapa tak boleh nak appreciate your parents? mommy sekarang cepat sangat sensitif. apa2 yang melibatkan orang tua, mesti mommy touching. kemain la mommy sekarang. kalau dulu orang selalu kata mommy ni macam xde perasaan pada orang lain. but now, betul2 dah berubah. cengeng lebih! hahahaha.

semalam mommy tanya daddy syg mommy x? daddy jawab hari2 mommy tanya soalan yang sama and daddy xsuka. omaigoddd!! hahhaha. sikit pon xkecik hati sebenarnya sebab tau daddy kata mommy ngade sangat hari2 tanya mende sama. mommy cuma kata biar la, nanti bila baby dah kuar mesti daddy sayang baby lebih kan?kan? sweet aje daddy tu.

ok la, mommy dah ready wanna go home. xsabar nak g bazar ngan daddy. awww~

Tuesday, 24 July 2012

another 17 weeks to go....

bila kandungan dah masuk 23 minggu ni, banyak sangat perubahan dari segi fizikal and mental. wahhh gitu ayat! pusat dah mula terjojol kuar, pinggang dah makin sakit2. duduk direct atas simen mesti xtahan. sakit kottttt. baby pulak dah makin aktif sepak terajang. bila tetiba mood die tengah hyperactive tu, ngiluuuu wehh rasanya. kalau baby dah kuar melyna geram je nak gigit2. suka sangat buat mommy xsenang duduk.

today kan hari ke4 puasa. sungguh sampai sekarang melyna masih berpuasa. alhamdulillah...even bila dah sampai pukul 3 ptg cenggitu perot dah mula pedih and baby non stop kicking, melyna usap2 perot pujuk baby suh bertahan. yela kan, dah xlama sangat nak berbuka. cam rugi la pulak kalau makan. tapi kalau tahun sebelumnya,  melyna  lapar sket memang  melyna  terus ngap je! ganti puasa lain cerita. hahahahaha. bila dah ada 1 nyawa dalam perot ni, perasaan lebih bersyukur tu mengatasi segalanya. sedaya upaya  melyna  menahan lapar dan dahaga. sebabnya dok mikir, lepas ni dah ada baby nak kena breastfeed dia kan, so xkan la pulak aku nak puasa. kang xckup khasiat plak baby aku. ecececehhh... sebabnya pestime so segala mende la aku pikir. konon2.

last sunday  melyna kuar ngan incik somi pegi membeli barang baby lagi. cannot tahan betol la. tapi wat gila sangat kan g beli time tengah bulan tu cari penyakit namanya. hahahaha. so beli yang memang ada dalam list aje la. botol susu, kepit kuku, toiletries dia. kain bedung & selimut dah siap jahit tepi. tapi kena bebel ngan mama la pulak sebabnya mama dah pesan suh jahit tepi tu ikut kaler kain. aku pon xpesan kat cina tu at last jadik la kaler putih sume kat tepi. hahahahahaha. max kata cantik je. dia dah makin teruja plak tunggu baby kuar. sabar eh daddy. baby baik2 aje dalam perot mommy ni. hehehehe

nama baby?jantina? dah dapat & tau dah baby ape kuar. insyaallah kalau xberubah la jantina dia tu kan? and max dah decide nama tuk baby dia. katanya aku ni cerewet sangat nak cari nama pon susah. kah3.. mommy malas yepp! harap maklum. banyak sangat nama yang sedap2 mommy nak. xkisah lah kan, janji maknanya baik and baby kuar dengan selamat tanpa any problem. yeayyy! eh baby ni macam tau2 plak mommy tengah tulis pasal dia. sepak2 mommy pulak. hehehehe... sweet betol la.

next week check up kat KK. genap 6 bulan kooooo. hope HB ok la kan. sebab aritu HB low pastu nurse KK bleh plak cakap, "awak kena makan ubat yang doc bagi tu, kalau x oksigen xsampai kat otak baby bleh mati tau" makkkkk aiiiii! kemain sentap lagi perasaan aku time tu. rilex la kak, ayat xde bunga sket ke nak bagi hati riang? grrrr. since that day, melyna pasrah and xpenah la miss makan ubat. demi baby mommy <3

Tuesday, 5 June 2012

destinasi pilihan ke Beijing :)

malam tadi dok soksek2 ngan mama. cadangnya family trip tahun ini mau ke Aussie. ececehhh kengkonon la tu nak jalan tempat beku. at last terpaksa ditunda memandangkan anak daranya ini akan berpantang sepanjang hujung tahun. ohnomnom! aku yang xpandai merancang or mama salah paln?hahahaha. so memandangkan bulan9 abang aku akan kawen, same as last year for honeymoon mama belanja honeymoon ke Hong Kong so for my eldest bro, aku suruh mama bawak pengantin baru only in Asia country. hahaha! gila kejam sebab xdapat follow skali. mama decide ke Beijing. sangat la menarik nafas lega sebab aku da penah sampai ke sana. main snow & ski bagai. kali ni rezeki pengantin baru la plak. pengantin lama dok diam2 pantang kat umah nenek. sobsob, sangat sedih okehh!

kapan lagi bisa aku ke sini?

Friday, 1 June 2012

pasir dalam periuk nasi

rasa nak mengomen pulak pepagi hari ni. patut hari jumaat rasa bersykur atas segala kurniaan dariNya. tapi ada something yang aku nak share. yang aku rasa cukup xsenang dengan gelagat orang2 sekeliling. nape eh manusia ni ada perasaan xpuas hati dengan kesenangan, kejayaan, kegembiraan and rezeki orang lain? like today, rasa macam nak lempang je orang yang xhabis2 nak dengki ni. bila aku senang, for sure aku bersyukur and berterima kasih padaNya atas rezeki yang Dia bagi. bila xde rezeki untuk aku, aku akan anggap belum masanya lagi Dia bagi. so what for nak berdengki bagai atas usaha titik peluh orang lain? if ada, bersyukur la. no need tu tabur segala macam cerita yang xbetul. kesenangan yang ada bukan untuk bermegah. tapi untuk dikongsi. yang jenis xfaham bahasa ni pulak fikir "ohh, dia dah senang sebab parents la, blablablabla" macam ***k! toksah la dengki, iri hati atas kesenangan and kebahagiaan orang lain. percayalah, untuk kekalkan segala kesenangan and kebahagiaan hari ni lebih susah daripada nak mencapainya.

Monday, 21 May 2012

doa mama di Tanah Suci

setelah hati kecewa berhari2 lepas tau UPT -ve, baru sedar yg Allah itu mah adil seadil-adilnya.  a day after my previous entry tu kan malam tu dapat mimpi @ petunjuk. dalam mimpi tu ada 4 org tau, aku, anum and 2 owg agi sape ntah test UPT. sedia maklum la yg si anum ni memang +ve, so after urine sume letak UPT memasing kat atas meja. sangat2 terkejut coz dalam mimpi tu UPT aku molek naik 2 lines. sedar2 je dari mimpi, sebab alarm bunyi. memang sepanjang pagi kat ofis dok terpikir tau ape maksud mimpi tu.

malas nak fikir sangat sebenarnya sebab xnak mengharap and kecewa again. tapi yela, hati ni mana la boleh stop fikir. membilang detik dan waktu je tunggu masa lunch time. so lunch time tu sepantas kilat kuar and terus pegi farmasi beli UPT again! hati sangat berdebar2 sepanjang on the way back to home. sampai je rumah, terus berlari masuk toilet macam orang dah xtahan sangat2 nak terkucil. hehehe. after urine, drop sket kat UPT and cuci la pape yang patut sambil berdoa moga mimpiku jadi realiti. sekilas pandang nampak single line. so its ok la and cakap kat diri sendiri, xpe la. bukan rezeki lagi. then dah setel sume amek la UPT tu nak buang eh2!! terkedu, teruja, terkejut and am very speechless sebab kuar 2 line! bersyukur ke hadrat Ilahi. so sepantas kilat kuar toilet call my hubby nak mintak ampun and maaf sebab malam sebelum tu kitorang perang mulut. biasa la dok jauh kan. hehehe. call die sambil nangis2 sebab terharu sangat dengan result UPT tu.

hubby dah pelik, marah2 tanya asal ni? kot la kena ragut ke ape ke kan. dia la suami yang cepat risau bila bini dia nangis. soksek2 sangat mengada okeh! tarik napas dalam2, dengan lafaz bismillah "syg, baby pregnant" hanya tu aje yang mampu aku cakap sebab aku terlampau sebak. and dia pon speechless xsangka dengan berita yang aku sampaikan. then dia just cakap, "jap lagi b call balik b tengah makan"

what a beautiful day......14 mac 2012......

terus je msg kat mama yang nun ada di tanah suci Mekah. berita gembira disampaikan pada mama and family yang ada kat sana. alhamdulillah berkat doa mama, tok and aki yang xsabar2 menunggu kelahiran cucu & cicit pertama. syukur sekali lagi now baby dah 15 weeks =)

Tuesday, 13 March 2012

asam masin + asam boi sedap doh rasa :p

wohooo! today hari yang ke-32. but i'm still not period. kalau ikut kiraan, dah nak masuk 9 minggu. apesal ntah bulan xmengambang. arini aku dok makan asam je since morning. syokk sungguh rasa. xde la pulak makan asam means preggy kan, dah tgk kat kedai tadi cam sodap la pulak. rembat 2 bungkusa bawak balik makan sowang2 kat ofis. siap warning lagi kat member jangan sesape pon berani amek. hahaha. kedekut sungguh rasanya.

sumber : rembat kat google :)


Tuesday, 6 March 2012

tahi lembu tahi itik

.....ko memang xtahu malu
.....jenis mulut lembik!

ha! mukadimah aku bagi sket serangkap pantun baikkkk punya. ni kes suka sangat dok intai2 sisi kebahagiaan dan kekecewaan hidup orang lain. memang pe'el nye begitu yekk? apekehelnye aok wat gitu wehh? lately memang betul aku suka update blog. ntah kenapa rasa nak share something. xsuka toksah la baca. koi bagi nama online diari la konon2 kan. sharing is caring. ececehh.

mari dekat sket kawe  nak cite la kan hok jenis suka sangat wat gosip liar. beria ngat nak tau pasal koi te ngape? seme mende koi buat ngan laki koi, koi ngandung ke idok, koi gado ke mende, koi xnyusohkan aok lalu. yang aok tetiba kusut nak amek tau tu ngapenye? koi jentik aok pon dok. koi pakai kete mende, koi banyak harta ke mende, koi pakai baju cap mende seme aok nak tau. aok berie slidik idop koi laki bini. aok xde laki sendiri ke nak jaga? sekalipon laki koi kecewa yang bini die ni xlekat, aok xperlu nak mention konon2 laki koi tu kecewa amat. aok tau dok Allah tu dah tentukan rezeki setiap orang? and koi rasa koi xde pulok wat status koi sangat2 meroyan gaya aok yang meroyan nak tau setiap inci ape yang koi laki bini buat!

koi cukup benci dan xsuka bila ade orang lain masuk campur urusan koi. yang kawen ngan laki koi, KOI! bukan AOK te! sibuk ngat nak canang ke orang lain gone idop koi tu yang koi xpaham. ape masalah aok sebenarnya? koi tau aok bace blog koi masa ofis hour. pastu aok soksek2 la pulok ngan rodong2 aok te. koi ni gini la, koi gitu la. pastu sebab MULUT LEMBIK aok sorang, abes la sume cite yang xbape nak sensasi sangat, jadi topik hangat ERA.fm. aok jangan main gila ngan koi weh. sok koi main gila ngan aok, jangan terkejut ngat la yakk! ha, aok la te da rasa debor koi wat pulak entri gini. xsenang lalu dah duduknya yakk!

hahahaha. aku suka bila ko mula cuak :)

Friday, 2 March 2012

kandungan berusia 7 minggu

i just came back from Pusat Rawatan Keluarga MUIP which is known as Al-Farabi. result dah tau, if result positif, kandungan dah berusia 7 minggu. TAPI, hasilnya negatif. after urine and check sekali lagi keputusan tetap negatif. then doc suruh scan in case xdapat detect from urine. again, still negatif. aku langsung xkecewa sebabnya tujuan pergi just untuk check why my period xnormal. so mintak suggestion dari doc macam mana. finally, dia bagi ubat horman untuk regular kan semula period tu.

SATU perkara yang buatkan aku sangat2 terharu and sedih, kuar je dari bilik doc, my hasben hug & kiss me. why? sebabnya aku sendiri rasa yang my hasben sangat2 upset. masa aku pergi urine kat toilet, i left my husband in the doc's room. on the way back to office, hasben cakap doc pesan kat dia jangan bagi aku stress sangat. that i'm look too stress? definitely YES!! so dia sangat2 risau keadaan aku yang jadi xmenentu. dulu aku dengar orang tua2 cakap mula2 kawen hormon xstabil sebab tu la selalu datang lewat. tapi dah tiap2 bulan macam tu, aku kena tau ape sebab and punca jadi camni. now, bila dah tau kenapa jadi camni aku sangat2 sedih. sebab aku & hasben tau apa sebab aku stress tahap gaban.

thanks to semua yang bagi support and advise and ubat or pil yang disarankan untuk makan. starting from today, aku cuba dulu makan ubat yang doc bagi and sebolehnya kurangkan segala stress dan keresahan kat hati. doa dan harapan, semoga kehidupan aku sekeluarga bertambah baik lepas ni. pinta aku, cukup2 la mengkhianati kehidupan aku sekeluarga. aku mohon & aku merayu supaya kalian faham apa yang sedang aku lalui sekarang. cukup pedih untuk ditelan.

special thanks to my beloved husband for standing beside me all the time.



sumber : google

kalau la 7 minggu tu jadi kenyataan.........camni la rupa baby dalam perut mummy :')

Thursday, 1 March 2012

korang buat aku tersenyum semula

salam manis salam pembuka bicara. ecehh, ayat pepagi nak kiut miut aje. sekali sekala poyo xsalah kan? pagi ni i feel much better than yesterday. no more sedih2 and kecewa bagai. aku bangkit dengan semangat baru dek dorongon, sokongan dan nasihat dari kawan2. syukur sangat2 sebab korang prihatin dengan apa yang aku lalui. bila aku share post semalam kat fesbuk, ramai bagi feedback yang sangat baik. aku share pulak antara tips2 yang diorang bagi aku semalam :

  1. pad herbal (yang ni aku penah la pakai sebelum kawen dulu. xsangka pulak fungsi dia sangat bagus. hehe)
  2. tongkat ali keluaran sendayu tinggi (sesuai untuk lelaki. molek bagi suami la yang minum)
  3. rahsia senang hamil (kat sini banyak tips and info tentang hamil)
  4. bio ever cream (boleh pulihkan kitaran haid) 
  5. jangan terlalu stress (ni nasihat dari kawan yang bakal bergelar doktor. thanks amy ) and last
  6. DUIT - Doa Usaha Ikhlas dan Tawakal
Insyaallah aku akan cuba buat. terima kasih pada yang sudi berkongsi info.mudah-mudahan ada la rezeki aku lepas ni kan. hehe. dah letih jawab soalan orng2 sekeliling "dah ada belum" ingat wat anak macam buat coklat? panaskan coklat, letak dalam acuan pastu masuk dalam peti and kuar2 dah keras molek terbentuk coklat ikut acuan tadi. apa pon, aku percaya rezeki aku bukan sekarang =)

Wednesday, 29 February 2012

kesuburan & STOP giving me hope :'(

setelah sekian lama tak update, hari ni tergerak hati pulak nak berkongsi sesuatu. alhamdulillah syukur, dah nak masuk 5 bulan usia perkahwinan. pejam celik sudah terlalu banyak moment yang dikongsi bersama suami even korang akan cakap baru setahun jagung. tapi perjalanan hidup sebagai seorang isteri membuatkan diri terasa lebih matang berbanding sebelum. konon2 la kan.

entry kali ni mungkin agak emosi sket. sebabnya until today diri ini sangat mendambakan kehadiran cahaya mata. serius! sangat2 tak sabar nak ada anak. kenapa eh? sebab dah kawen kot, ofcoz la nak ada baby kan? ye dok? start lepas kawen, period  tak normal. mesti datang lambat. and lambat tu bukan la setakat sehari dua. tapi sampai 2-3 minggu. bukan main lama lagi. sebab lambat tu la aku selalu sangat obses maybe i'm pregnant. but after check, ternyata semua tu xbetul. apa cara lagi aku nak buat bagi period normal and aku tau bila tahap kesuburan tu. sangat2 kecewa. sebab macam bagi aku harapan yang aku pregnant, bila check takde. sakit hati sangat.

tapi aku tau semua ni kerja ALLAH. sape la aku nak mintak2 dia bagi macam tu aje kan. sampai kadang2 aku cakap sendiri, "stop giving me hope". honestly aku sangat2 sedih. so harapan aku cuma satu. minta korang2 yang prihatin yang tau cara nak period tu back tu normal, please let me know. satu doa aku, supaya Allah kurniakan aku seorang anak bagi mengubat segala sepi di hati.

Saturday, 10 September 2011

2 tahun berlalu dengan sia-sia

ohyeah2! nak habaq mai sket. arini yee arini henpon cap beri hitam aku hilang. ye hilang! macam hampeh bila ingat semula. cam tak logik pon ye jugak.

yela kan, kisahnya bermula dengan nak beli kuih jew pon. aku park kete kat sebelah jalan i mean kena cross the road la nak pegi kedai tu. member aku tunggu dalam kete. sampai jew kat kedai, aku amek plastik nak isi kuih la kan. pastu makcik tokey kedai cakap " dik, dik..naik kete viva eh? ada orang call cakap enfon awak jatuh dari kete"

k fine, first aku check dalam handbag serius memang betol henpon aku tak de. aku pon straight to the point gi jew la kat kete semula. sempat ag letak semula plastik. aku masuk kete check handbag jantung dah nak gugur. aku tanya member aku, ada nampak enfon aku tak? makcik tadi cakap enfon aku jatuh. ha, sudah memeber aku pon dah panik gila!

dia cakap " ya Allah na, patut la tadi ada lelaki 2 orang naik motor dah terlajak ke depan, then dia patah alek like pickup something tepi kete & terus blah kira lawan arus". time ni aku memang speechless gila da. air mata dah macam air hujan ko! baru jew 5 minit lepas aku main enfon aku 2. then sekelip mata jew hilang.

memang rezeki pecuri tu la kan. kredit pon banyak lagi sebab semalam bapak aku baru topup. xpew la kan, nak wat macam mana. mende dah jadi. yang aku bengang sangat, hilang time aku dekat2 nak kawen ni. contact no sume dalam enfon 2. no account, banyak sangat. schedule aku pon save dalam tu. mana taknye enfon tu da 2 tahun lebih aku pakai. dah bagi kali rosak & tak pernah sekali pon aku hantar baiki kat kedai sebab biasanya enfon tu akan baik sendiri. hmmmm

*sedih sangat. tak tau nak taip ape lagi*

Tuesday, 6 September 2011

30 hari lagi

salam syawal pembuka bicara. rasanya terlalu lama tak mencoretkan sesuatu tuk diluahkan. terlalu banyak untuk diceritakan dan dikongsi bersama. tapi kekangan waktu membataskan segalanya. mana dengan studi, assignment  & persiapan kawen. ye masanya cuma 30 hari saja lagi. terlalu penat untuk diperkatakan. terlalu masa mencemburui aku. aku tewas dengan masa sendiri. bila ada waktu terluang, aku mengahbiskan masa termenung. unik kan? terlalu alpa dengan masa.

banyak perkara yang bermain difikiran. semakin menjelangnya hari, semakin aku rasa takut. takut dengan gelaran baru yang bakal aku sandang. kadang terdiam sejenak memikirkan betul atau tak keputusan yang aku ambil. ye aku la gadis lasak itu. lasak pada luaran dan pada pandangan mata manusia. tapi hati aku sangat lembut macam puding. mudah sangat mengalirkan air mata. tapi kenapa? sebab aku sebenarnya tidak la terlalu kuat seperti yang dikata.

detik ini......kala ini.......

aku masih dihadapan lappy. mencoretkan sesuatu tuk diperkatakan. tapi semuanya seakan tersekat. tak terluah segala apa yang aku simpan. mungkin ini la sebenarnya aku. aku yang lebih banyak berdiam dari berkata-kata. bukan sombong tidak mahu berkongsi. tapi bila melibatkan hati semuanya aku kunci. simpan rapi supaya tidak dicuri. bercakap tentang hati, sememangnya hati ini sudah dimiliki dan ditakluki oleh seseorang lelaki yang aku kenali sejak dulu lagi. dia la segalanya tentang hati ini. sungguh pon terlalu banyak cinta yang memberi, tapi hati ini hanya untuk lelaki yang bergelar suami ku nanti.

wahai bakal suami ku......


engkau la yang aku kenali 2 tahun lalu
engkau yang berjaya mengetuk pintu hati
melarikan aku dari lelaki yang tidak memahami
engkau menjaga aku bagaikan siang tanpa mentari
yang setia disisi tatkala aku sepi


wahai bakal suami ku......


30 hari saja lagi
engkau la suami
yang akan aku jaga setiap hari
yang segalanya akan aku beri
aku mohon kau berjanji
membahagiakan ku ke akhir nanti


wahai bakal suami ku.....


aku berdoa engkau la yang pertama dan terakhir
moga segalanya dipermudahkan oleh yang Maha Esa

amin ya rabbal alamin~ 

mungkin terlalu jelek untuk dibaca. namun ini luahan yang tak terluah di bibir. ibarat 30 hari mencari cinta. tapi aku 30 hari bergelar anak dara. segalanya bakal berubah. mohon semua teman, sahabat handai mendoakan segala yang terbaik demi kami berdua.

Wednesday, 22 June 2011

kenapa kekadang bahagia tu singgah sekejap saja?

disebabkan aku sangat lah emo hari ni pasal dok dengan suria.fm makanya mood aku sangat la ala1 dalam taman bunga. aku nak cerita pasal bahagia dan kebahagiaan. cukup aku katakan aku sangat la excited nak kawen. soon xlama sangat dah. less than 4 months! sumpah aku cuak.

tapi apa yang aku nak huraikan kat sini pasal MFY yang lately sangat la x caring. xtau mana dah pergi sikap caring n loving dia. jujurnya aku cakap aku rasa tersisih. terbuang jauh dari hidup dia. hari2 aku cuba slow talk tanya kenapa dia nampak sangat lain. jawapannya tetap sama macam jawapan yang lepas. "ok je" dia yang ok, tapi aku? separuh nyawa dok pk nape ngan dia???

semua yang aku buat nampak xkena. arghhhhhh!!!

MFY, aku cinta kau! ever!

kepenatan menjadi dara

bape lama dah ha aku x jenguk blog ntah. sangat2 bz dengan persiapan kawen. tambahan lagi aku dah bergelar seorang pelajar sekali lagi. penatnya ya rabbi! nak pengsan dah rasa. mana mau kejar dengan assignment, keje yang bertimbun kat ofis dan masalah yang datang silih berganti. sekarang plak pandai masalah aku datang cakap hello pastu bye aje kat aku. then dia terus bla! xsempat dah ak nak tafsir kenapa masalah tu datang. heran plak bila sekarang aku makin x ada masa. yee! aku sangat sibuk dan aku sangat la x larat.

pity of me ;(